Anda Pelawat Ke

Free Hit Counter
Februari 2014
A I S R K J S
« Jul    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
232425262728  

Kategori

Kategori

Peta Pengunjung

Blogroll

Search

Bengkel Protekmedia – Penghasilan Bahan P&P Berasaskan Internet dan Multimedia

Julai 7, 2009 by

PKG Tamparuli dengan kerjasama Unit Latihan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah telah menganjurkan Bengkel Proktekmedia untuk memberi ruang kepada para pendidik untuk mengetengah kan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran untuk dikongsi bersama dengan guru-guru lain. Bengkel ini dikendalikan sendiri oleh En. Daud Yahya, Penolong Pengarah Unit Latihan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.  Bengkel ini dihadiri oleh 20 orang pendidik dari sekolah ahli PKG Tamparuli. Semasa menyampaikan taklimat sejurus sebelum memulakan bengkel ini, En. Stephen Apok selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tamparuli melahirkan ucapan penghargaannya kepada En. Daud Yahya , Penolong Pengarah Unit Latihan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah kerana telah sanggup turun ke Padang dan menjalankan Bengkel ini di PKG Tamparuli.  Ini memberikan ruang dan kesempatan kepada lebih ramai guru untuk menyertai bengkel ini, seterus beliau menyeru kepada guru-guru yang menyertai bengkel ini agar menggunakan kesempatan untuk menimba ilmu dan kemahiran dari En. Daud Yahya yang sememangnya mempunyai kepakaran bukan sahaja dalam bidang kurikulum, juga berkemahiran dalam pembinaan bahan berdasarkan pelbagai media.

    DSC_0879 by you.     

 

 

Posted in Uncategorized | No Comments »

Program Motivasi UPSR Daerah Tuaran Nombor Satu Fasa 1

Jun 28, 2009 by

Program Motivasi UPSR Daerah Tuaran Daerah Tuaran Nombor Satu Fasa 1 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Mojllip Bumburing Ahli Parlimen Tuaran petang tadi. Program ini menghimpunkan seramai 450 murid tahun 6 dari 73 buah sekolah Daerah Tuaran di Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pelajaran Sabah Kem Malangang  selama 3 hari 2 malam bermula hari ini. Program ini bertujuan untuk membantu calon-calon UPSR  Daerah untuk mencapai kecemerlangan dan seterusnya merealisasikan Slogan Daerah Tuaran Nombor 1. Program Kecemerlangan ini dipengerusikan oleh En. Andrew Gedeon , YDP MGB Daerah Tuaran. Program ilmu ini telah ditaja oleh YB. Ahli Parlimen P170 Tuaran dan ADUN N.10 Tamparuli. 

DSC_0283           DSC_0279

     YB. DSP.  Wilfred M. Bumburing                     Sebahagian dari Peserta Program

 

DSC_0303          DSC_0298

    AJK Pengelola Bersama Urusetia                     En. Aslie Sahat, PPD Tuaran

                                                                               meninjau Bilik Gerakan.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Bengkel Protekmedia – Penghasilan Bahan P&P Berasaskan Internet & Multimedia

Jun 24, 2009 by

PKG Tamparuli dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah akan menganjurkan Bengkel Protekmedia – Penghasilan Bahan P&P Berasaskan Internet & Multimedia pada 7-9 Julai 2009. Jumlah peserta yang akan diambil adalah antara 10 hingga 20 orang sahaja. Sehubungan dengan itu, pihak PKG mempelawa guru-guru yang berminat untuk mendaftar segera.

Persediaan yang perlu dibuat sebelum dan semasa mengikuti Bengkel ini :-

1. Pilih satu tajuk rancangan mengajar harian yang lengkap berdasarkan sukatan pelajaran, buku teks dan
buku rujukan.

2. Sediakan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Bahan ini terdiri dari gambar, grafik,
audio dan lain-lain.

3. Sediakan soalan-soalan ujian yang berkaitan. Soalan ini boleh disediakan dalam berbagai item, sama ada
objektif, struktur dan sebagainya.

4. Bawa komputer riba semasa menghadiri bengkel.

Maklumat lanjut mengenai bengkel ini boleh didapati dari En. Stephen Apok, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tamparuli. Sila hubungi tel 088-783297 atau hp: 0195382686.

Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Perkongsian Ilmu Dan Perkongsian Ilmu Bengkel Membina Blogs Pendidikan Sekolah Ahli PKG Tamparuli

Jun 24, 2009 by

Pusat Kegiatan Guru Daerah Tamparuli menganjurkan Majlis Perkongsian Ilmu Dan Bengkel Membina Blogs Pendidikan yang dijalankan selama 2 hari bermula hari ini 24 Jun 2009. Majlis Ilmu ini disertai oleh 24 orang guru dari sekolah ahli PKG Tamparuli. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan manafaat blogs pendidikan di kalangan peserta sesuai dengan Era Pendidikan Alaf Baru. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Losinin Johalin, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Daerah Ranau.

DSC_0108DSC_0094

DSC_0092DSC_0122


Posted in Uncategorized | No Comments »

Bengkel GPM

Mei 27, 2009 by

Bengkel Guru Perpustakaan Media bagi sekolah sekolah ahli PKG Tamparuli telah dijalankan pada 14-15 Mei 2009. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan pengetahuan di kalangan Guru-Guru Perpustakaan Media agar mereka lebih komited untuk menggalas tangungjawab demi mencemerlangkan Pusat Sumber Sekolah selaras dengan fungsinya sebagai pemangkin kepada Kecemerlangan Sekolah. Bengkel yang dihadiri oleh 34 peserta dari sekolah rendah dan menengah  ini dibahagikan kepada 3 (tiga) kumpulan yang terdiri dari GPM yang baru dilantik, GPM yang baru berpengalaman 1 hingga 3 tahun dan GPM yang sudah menjalankan tugas  4 tahun ke atas.  Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tamparuli dengan bantuan 3 orang AJK Pasukan Petugas Pusat Sumber PKG Tamparuli.

Posted in Uncategorized | No Comments »

Taklimat ICT PKG Tamparuli

Mei 27, 2009 by

PKG Tamparuli dengan kerjasama BTPN Sabah telah menganjurkan satu siri Taklimat ICT pada 13 Mei 2009.  Taklimat ini dihadiri oleh seramai 30 peserta dari sekolah rendah dan menengah yang menjadi sekolah ahli bagi PKG Tamparuli.  Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Romzi Ahmad, Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPN Sabah. Antara  tajuk taklimat yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

1.   STS ( Support Ticketing System)

2.   Penyelenggaraan Komputer

Semoga  dengan adanya taklimat seperti ini diharap dapat membantu pihak sekolah untuk memartabatkan penggunaan Inisiatif ICT di sekolah-sekolah selaras dengan keperluan semasa dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.

Posted in Uncategorized | No Comments »